Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2015

Sultan Mahmud Mangkat Di Julang

Aku ingatkan cerita klasik dulu-dulu mengenai kisah seorang perempuan mengandung yang mengidam nak makan seulas nangka lalu dibunuh oleh seorang sultan adalah sekadar dogengan belaka. Namun, rupa-rupanya kisah ini ternyata benar belaka. Menjadi salah satu peristiwa tragis yang berlaku pada zaman kesultanan Johor khususnya di Kota Tinggi. Hurrmmm...Aku kat opis hari ni rajinlah pulak nak meng"google" tentang salasilah kesultanan Johor. Iyer lah..aku pun tertanya-tanya betul ke kerabat di raja Johor yang ada sekarang ni datangnya dari keturunan lanun. Dalam tengah-tengah mencari tu, barulah aku terjumpa artikel mengenai seorang raja yang sanggup membunuh rakyatnya gara-gara berang hanya disebabkan rakyatnya makan seulas nangka dari kebun istana. ---------------------------------------------------------------------------------------------- Kisah Pilu ketika hujan panas hampir reda itu sangat menggemparkan, selain sultan, beberapa orang pengiring baginda turut ditik

Pagi Sabtu Cik CT

Assalamualaikum.... Weekend yang agak membosankan. Pagi-pagi lagi Cik CT dah kene bangun. Kalau time-time macam ni, selalunya Cik CT masih lagi sedang lena diulit mimpi nan indah. Ini semua disebabkan kes paip rumah sewa Cik CT bocor. Kerja baik pulih sedang dijalankan. Mengantuknye rase...lepas settle sume ni Cik CT nak sambung tido semula. Hehehe.... Hurmm...ape yang ingin dilakukan minggu ini ya??? Sudah pastinya hari Sabtu Cik CT hanya dihabiskan dirumah menunggu contractor jalankan tugas mereka. Mane boleh sesuka hati keluar tinggalkan rumah. Giler ko...buatnye dilakukan ape2 pada rumah kami ni tak ke naya tu..dah lah habis digerudinya rumah sewa kitorang ni. Mujurlah, di atas keizinan tuan rumah sendiri kerja pengubahsuaian ini dilakukan. Kalau kami pandai-pandai buat keputusan sendiri mahunye mengamuk tuan rumah. Apa yang Cik CT lihat memang fully berubah system piping rumah ni. Cmner lah gayanye situasi air rumah kitorang lepas ni. Harap-harapnye bertambah baik

Bila Meter Air Menderu Laju

Huhuhuhu...Sedihnya hati..sakitnya hati...kecewanya hati...segala jenis rase ade kala ini tatkala mengenangkan jumlah bil air Tentoobie bulan lepas...Mengucap panjang Cik CT dibuatnya bila melihatkan total amount yang perlu kami bayar nanti. Tak dapat nak dinafi lagi..dan tak dapat nak dipertikaikan lagi. Ternyata benar yang jumlah bil air bulan lepas melangkau ke tiga angka. RM215..RM215 (meh Cik CT 'bold'kan) uollss kami perlu bayar jumlah penggunaan air yang keluar padahal dalam erti kata yang sebenar-benarnya kami bertujuh takder lah guna air sampai melambung ke jumlah itu. Nampak macam kami tengah buat kenduri kawen besar-besaran atau ada kolam renang je sampai bil air melambung macam tu sekali. Actually every month, bil air Tentoobie lebih kurang dalam RM60 hingga ke RM70 jer. Paling banyak pun RM95. Benar-benar menguji tahap kesabaran seluruh warga Tentoobie khususnya Cik CT ni ha sebagai ketua rumah...Tak tenteram jiwa dibuatnya. Emosi Cik CT dan kawan-kawan

Salam Maal Hijrah 1437H

Assalamulaikum... Rasenya tak terlalu lambat untuk mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1437 bersamaan 14 Oktober 2015 (Rabu) kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia. Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk terus bernafas di tahun baru Islam ini. Moga-moga tahun baru ini memberi kita semua kehidupan yang lebih dirahmati dan diberkati olehNya. Bersama-sama kite berhijrah ke arah kebaikan dan menjauhi segala yang dilarangNya. Jadikan sejarah penghijrahan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W sebagai bimbingan dan panduan untuk kite terus hidup dibawah perlindungan dan rahmatNya. Untuk info, tema Maal Hijrah pada tahun 1437H adalah kekal seperti tahun lepas dengan tema “Perpaduan Nadi Transformasi Negara” Lirik Lagu Maal Hijrah (1 Muharram) – Al Ajiba Satu Muharam detik permulaan Perkiraan tahun Islam hijrah Perpindahan Nabi dan umat Islam Dari kota Mekah ke kota Madinah Atas keyakinan dan iman yang teguh Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu Rela

Hujan Lebat

Wa..wa..wa... Cik CT nak balik rumah. Tapi hujan masih lebat lagi. Macam mane ni? Jam pun sudah menunjukkan pukul 06:40 petang. Pukul 7 nanti Cik CT nak tengok drama Hello Mr Perfect. Nak tahu ape kisah Aliya dan Izzul yang seterusnya. Huhuhu...Cik CT nak balik rumah... Nampak gaya memang lambat lah hujan kat luar ni nak reda. Silap-silap lepas Maghrib baru Cik CT balik ni. Nak redah je hujan ni tak boleh. Cik CT ni bawak motor. Confirm basah lencun kalau Cik CT degil nak redah jugak. Dah lah tak bawak baju hujan. Huhuhu. Sabo jer lah ye.... Cik CT masih lagi di office. Actually, ader je kerja yang Cik CT boleh buat. Memang tak la kan kalau Cik CT rajin pulak nak siapkan koje-koje ni. Hahaha...Time office hour barulah buat ekk..La ni bukan time office hour da. La ni time Cik CT balik rumah. Mandi..nak makan.. Cik CT lapar ni. Hukhukhuk...Sedihhhh... Hujan...please, reda lah kamu...saya nak balik rumah ni...TT Cik CT sedang menuggu hujan berhenti... Nampak

Mengapa Sukar Untuk Setia

Mengapa Sukar Untuk Setia... Ku sangka hadir mu membalut luka ku Tapi luka ku makin parah Ku sangka bahagia bersama mu Sebaliknya sakit hati ku Lidah tak bertulang Pandai bermain kata-kata Sikap manusia pandai berpura-pura Mengapa sukarnya untuk kau setia pada ku Sedangkan dulu engkau pernah Melafazkan cinta mu Sambil kau berjanji membalut luka ini Dan hidup bahagia Mengapa kau Kau dustai ku yang setia pada mu sayang Mengapa kau tidak menghargai cinta Dan kasih sayang ku terhadap mu Ubahlah sikap mu insaflah wahai sayang ku Tak guna menyesal bila balasan tiba Ku bermohon pada Tuhan merawat luka Agar jiwa ini Kembali bahagia Setelah engkau melukai Review: Mengapa ade sesetengah manusia tidak pernah untuk setia pada manusia yang lainnya. Sukar sangat ke untuk setia pada seseorang. Mengapa tak pernah untuk menghargai sesuatu itu bila ianya ade di depan mata? Mengapa bila sesuatu itu telah tiada barulah terhegeh-hegeh untuk menghargainya. Hurmmm, itulah

Jejak JDT (Part 2)

Assalamualaikum... Bertemu kite kembali dalam entri Jejak JDT bahagian yang kedua. Dimana ye kite 'pause' tempoh hari???  Klik sini Hehehe..Nasi bontrot atau lebih dikenali dengan nasi berkat. Hurrmm..tak pasti lah sama ada sakit perut yang dialami kitorang ni datang daripada nasi kenduri kawen tu atau tidak. Kite beralih dulu pada perjalanan kitorang yang seterusnya. Dalam lebih kurang pukul 3 lebih kami gerak balik ke JB. Kami menuju ke hotel Golden Leaf yang lokasinya terletak di area Skudai. Dekat dah dengan pintu masuk utama UTM. Proses searching dan booking semua sudah dilakukan oleh Amy awal-awal lagi. Die lah yang buat survey hotel-hotel budget yang ade di area Skudai tu. Dan akhirnya, Golden Leaf Hotel menjadi pilihan Amy untuk kami bertiga menginap semalam. Okay lah dengan harga RM85 semalam untuk tiga orang duduk. Ada satu katil saiz king yang boleh memuatkan dua orang tidur dan sebuah katil single. Boleh lah kan. Murah pun murah. So, ape yang kami expec

Bila Kipas Jatuh

Ape reaksi korang bile tiba-tiba kipas siling rumah korang jatuh?? Confirm terkejut beruk kann.....jatuhnye pulak time korang tengah tido...pukul 3 pagi..mase tu kipas tengah ligat berpusing... Confirm dalam kepala dah terbayang yang kipas tu akan mencantas semua bende yang berada disekitarnya. Ya Allah, tak terbayang rasenye kalau bende tu terjadi. Gile x gilenye...bilah-bilah kipas yang tajam boleh mencederakan kite. Silap-silap boleh membawa maut. Mintaklah dijauhkan. Namun, itu lah yang terjadi kepada housemate Cik CT..Cik CT sebenarnya tak tahu pun kipas siling bilik depa bertiga jatuh. Cik CT dapat tau pun bile Cik CT nampak kipas tu ade dalam stor. Dalam hati tertanya-tanya "kipas sape plak ni..ehh, macam kenal lah kipas ni. Ni kipas bilik sue ni". Pastu terus Cik CT naik tingkat atas dan masuk bilik sue. Ternyata dah tak ade kipas dalam bilik tu. Cepat-cepat Cik CT wassup sue tanya apa sebenarnya yang dah terjadi. Akhirnya die bercerita..yang kipas tu tetibe

Jejak JDT (Part 1)

Welcome to Johor buat Amy dan Norma!!! Amy sudah semestinya dah expert dengan JB tu sebab dulu die blaja kat sana. UTM Skudai. Noma!!! Noma first time mai JB. Alhamdulillah, depa dua orang selamat jugak sampai ke rumah yus. Jumpe jugak kampung yus ye. Hebak mu dua orang. Hahahaha.... Jejak JDT nama entri ni di beri. Jalan-jalan makan angin sambil mencari dan mencuba makanan-makanan yang sedap yang ade di JB ni. Betapa dah lamenye aku tak turun JB sampai aku dah tak kenal jalan-jalannya. Mujur lah ade Amy dan juga abang Waze. Walaupun beberapa kali sesat akhirnya sampai jugak ke destinasi yang hendak dituju tu. Okay lah...kite bermula jejak kite dengan cerita depa berdua mai rumah aku. Sampai jugak mereka ke rumah aku pagi tu dalam lebih kurang pukul 11.00 pagi. Depa dua orang mai rumah hari Sabtu. Kebetulan minggu tu cuti Raya Haji. Aku dah balik kampung dua hari lebih awal iaitu hari Rabu malam. Depa mesti nak beraya dulu kat kampung masing-masing kan. Kebetulan tujuan ut

Sayang Tentoobies (Part 2)

Norma Liyana Bt Omar Teman sebilik..Teman sekatil...Teman sepinggan...Teman bergurau-senda...Teman gaduh-gaduh manja...Teman pusing-pusing KL...Banyaklah jenis teman yang dapat aku tujukan khas untuk Cik Noma kite ni. Nama manja di beri Cik Nom atau abam Nom. Sebab apa abam? Sebab die lah yang paling besar antara warga-warga Tentoobies yang lain. Hahahaha..(gelak jahat sikit..) Orangnya "cute mute" giteww. Baik hati...pemurah...suka buat lawak dan suka bawak aku dan member-member serumah yang lain jalan-jalan. (Supir Tentoobies).Hehehehehe... Orangnya happy go lucky..relaks..dan cool. Apa yang dapat aku komen pasal Noma ialah dia seorang yang caring dan concern pada kawan-kawannya. Kalau ade ahli Tentoobie yang berada dalam masalah, Noma sedia untuk membantu. Jenis yang bukan berkira. Sokmo belanja kitorang makan. Katanya "kan elok berkongsi rezeki. Dan doakan aku di murahkan rezeki lagi". In sha Allah, Noma...Aku senang sangat berkawan dengan Noma. Bersyuk

Birthday Party Arina & Fatihah

Buuurrkk....(bunyi sendawa ye tu) Alhamdulillah..Perut dah kenyang..Hati pun manyak senang maa...Hehehe Berakhir sudah sambutan hari lahir Arina dan Fatihah yang kami sama-sama raikan di bilik office Kak Naz. Banyak menu-menu potluck yang tersedia. Antaranya, roti sandwich sardin dibuat khas oleh Ina, karipap berintikan sardin yang dibawa oleh Ieqa, mee kering menu yang agak baru bagi kitorang yang dibawak khas oleh Mazni, puding oreo hasil air tangan kak Naz dan juga keropok goreng hasil gorengan Cik CT. Hahahaha. Mengah kami nak menghabiskan semuanya tu. Biarlah dulu..Petang nanti sambung makan lagi. Hehehe... Memang kami Geng Makan Dan Gossip Anjung Merah akan sama-sama buat celebration parti bg sesiapa yang akan meraikan hari lahirnya. So, bulan ni kite combine birthday party Arina dan juga Fatihah. Alhamdulillah, Arina sudah berumur 27 tahun manakala Fatihah pulak berumur 28 tahun (sebaya Cik CT ni). Semoga mereka berdua dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang bai