Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2013

BYDC - BAB 23

Majlis cukur jambul Syed Aryan Hakim Bin Syed Hakimi Herizal selamat dijalankan di rumah besar umi dan abi. Ramai tetamu-tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis. Emak dan ayah juga tidak terkecuali sama-sama memeriahkan lagi majlis cukur jambul cucu sulung mereka. Adik-adikku; Jannah, Jasrina, Jazril dan adik-adik iparku; Haikal dan Rina turut hadir bagi menceriakan suasana majlis anak saudara mereka. Intan dan Razlan juga turut hadir ke majlis itu. Mujurlah, Intan sudah habis berpantang. Bolehlah dia bergerak ke sana dan kemari. Intan melahirkan seorang anak perempuan comel yang diberi nama Intan Qusyairah Bt Razlan Hakimi. Aku dan Intan juga sudah berkira-kira untuk menjodohkan anak-anak kami berdua nanti. Tergelak Razlan dan suamiku mendengarkan perancangan kami berdua itu. Syed Aryan Hakim Syed Hakimi Herizal, permata hatiku dan Encik Hakimi ini sudah berusia lima bulan. Aryan selamat dilahirkan di Hospital Ampang Puteri tepat jam 12 tengah hari. Encik Hakimi setia berada

BYDC - BAB 22

Keadaan akhirnya menjadi kacau-bilau apabila Jasmin mendapat tahu kisah sebenar mengenai Hakim atau Jojo. “Kenapa abang tak beritahu Jasmin langsung selama ini? Kenapa abang rahsiakannya daripada pengetahuan Jasmin?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulutku setelah selesai suamiku bercerita perkara yang menjadi rahsia selama ini. Hatiku cukup sedih dan sebal. “Abang minta maaf sayang. Bukan niat abang untuk merahsiakannya daripada sayang. Tetapi, abang tak mahu sedihkan hati sayang.” Balas suamiku pula sambil mengenggam erat jari-jemariku. “Jadi, Jojo dah tak ada ye bang?” tanyaku lagi masih tidak percaya. “Ye sayang. Arwah Hakim meninggal kerana sakit kanser hati yang dihadapinya. Kami tak sempat nak carikan dia penderma hati yang baru. Allah lebih sayangkan dirinya. Tapi, percayalah Hakim tak ada niat untuk lukakan hati sayang. Nak tipu sayang. Sebaliknya, dia tak mahu sayang bersedih dengan pemergiannya. Dia nak sayang bahagia.” Ujar suamiku lagi bersungguh-sunggu

BYDC - BAB 21

Pening kepala Hakimi dibuatnya. Berkahwin dengan orang yang tidak dikenalinya langsung. Pulak tu mana nak dicari wanita yang bernama Nur Jenna Jasmin Idris ni. Itulah nama wanita yang diceritakan oleh Hakim. Hakim beria-ia menyuruhnya untuk mencari Jasmin dan mengahwininya. Ini kerja gila namanya.             Namun, demi adik tersayang, Hakim dengan rela hatinya bersetuju untuk memenuhi hajat kembarnya itu. Walaupun, dia bakal memperjudikan masa depannya dengan orang yang tidak dikenali. Ye, Hakimi berjanji akan memenuhi hajat dan permintaan kembarnya itu. InsyaAllah, dia akan sedaya upaya untuk cuba belajar mencintai wanita yang bernama Nur Jenna Jasmin Idris itu. Bermula saat itulah, Hakimi menutup pintu hatinya untuk mana-mana wanita lain. Kerana hatinya bakal dimiliki oleh wanita itu.             Suasana pagi yang hening dikejutkan dengan esakan suara umi yang sedang menangis di bilik tidur Hakim. Hakimi segera berlari menuju ke bilik adik kembarnya itu. Di dalam bilik, keli