Monday, 20 November 2017

The Performance Series Run 2017 - Setia Alam 19 Nov 2017

Pertama kali aku join aktiviti running ni. Bila dah join rase seronok pulak. Amekkaw..terus 10KM diambilnya. Nak buat lagu mana, dah 5KM punye registration dah closed. Nak berlari punya pasal, 10KM pun 10KM lah.

So, bayaran yang dikenakan untuk larian TPS ni adalah RM70 untuk 10KM. Kalau 5 KM fee nya RM50, kalau 21KM pulak fee nya RM90. Beza setiap larian dalam RM20. Agak mahal jugakkan!!

Pada mulanya, memang aku sangat tidak berkeyakinan untuk menghabiskan larian yang sepanjang 10KM ini. Dah kalau kat trek MPSJ tu, bukan main payah nak capai ke 5KM. 5KM jer dah amik masa sejam setengah. Tapi, pada hari kejadian aku tak sangka dengan keupayaan diri sendiri ini. Aku berjaya menghabiskan larian 10KM selama 1jam 37 minit. Satu pencapaian yang sangat dibanggakan bagi aku yang baru pertama kali menyertai aktiviti larian ini. Pada 5KM yang pertama, aku mengambil masa selama 1 jam untuk berlari, jadinya aku mengambil masa selamat setengah jam sahaja untuk menghabiskan baki larian 5KM lagi. Perghh..boleh tahan hebat. Hahaha..


We did it!!! 10KM Finisher

Alhamdulillah, larian sangat berjalan dengan baik. Ramai orang. Dataran Setia City dipenuhi dengan lautan jingga. Cantik.

Oh ya..larian kali ini aku sertai bersama dengan Intan dan juga Uji. Alhamdulillah, kami bertiga berjaya hingga ke garisan penamat tanpa sebarang masalah kesihatan.


Berjaya mendapatkan medal, finisher t-shirt apalagi kalau tak sah untuk bergambar. Hahaha..


Bersama medal kepala rimau masing-masing 
 

Larian bermula pada pukul 6.30 pagi untuk 10KM. Tapi aku dan yang lain tiba agak lewat, sampai-sampai je terus berlari. Tak dan nak warm up. Mujur tak cramp kaki tu. Pada pukul 8 pagi aku tiba di garisan penamat. Uji dan Intan menyusul selang 15 minit kemudian. Beratur amik medal, finisher thsirt dan sedikit refreshment yang disediakan oleh organizer. 

Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk mereka yang layak. Tapi tidaklah kami fokus pada semua itu. Kami lebih fokus kepada acara selfie. Penuh memori phone dengan gambar kami bertiga bersama medal masing-masing.



Jumpe pulak kawan baru..Disamping dapat menjaga kesihatan tubuh badan kerana bersenam dan berlari, kita boleh jugak dapat jumpa kawan baru, mengeratkan ikatan silaturahim..Echewahh..



Finish Line





Yeayyy!!

Acara tamat pada pukul 10 pagi macam tu. Kebetulan pulak, Setia City Mall dekat pulak kat sini so apalagi melepaklah kami kat sini makan tengah hari kat Chicken Rice Shop. Bapaklah lapar giler. Makan pun tak pandang dah kiri dan kanan. Senyap je menikmati makanan masing-masing. 

Sampai je rumah dalam pukul 1 petang, siap-siap mandi apalagi landing time lah.

Diharapkan aktiviti seperti ini akan diteruskan sampai bila-bila dan aku punya masa dan kudrat untuk menyertainya.

Next Run???


Thursday, 16 November 2017

Ophir Mount Via Asahan 28 Oktober 2017

Hajat nak panjat Gunung Ledang tercapai jua akhirnya. Sokmo ajak kawan-kawan yang lain naik, tapi dan dan tu jugaklah masing-masing sibuk. Bila Vajidah free je nak naik Ledang tanggal 28hb Oktober hari tu, aku on jer tanpa banyak soal. 

Bila kau rase kau memang nak pergi, tak kira lah apa halangannya pasti kau akan tunaikan jugak hajat dan impian kau tu. Macam aku lah. Gigih tau cari tiket nak balik kampung. Sanggup tau apply cuti Jumaat tu. Hahaha..Yang penting aku dapat daki Gunung Ledang yang penuh dengan cerita lagenda yang tersendiri.

Aku pendekkan ceritanya je la ye...

Jumaat aku apply cuti, so petang khamis tu lepas keje terus on the way ke TBS. Bas pukul 830 malam, bas Mayang Sari. Plan asalnya memang nak gerak hari Jumaat malam je tapi risau penatlah, letihlah. Kang pewai je nanti.

So, dalam pukul 1 pagi sampai kampung. Yeszaa..borak-borak dengan mak dan ayah then terus masuk tidur. Plan asalnya jugak nak gerak ke Melaka pada pagi hari Jumaat tu. Konon-konon nak  berjalan area Melaka la ceritanya. Tapi non hado bila Vajidah lewat balik dari outstation. Aku pun tak kisah sangat. Lagi best sebab aku ada masa yang lama nak luangkan masa bersama mak ayah kat rumah. 

Oh ya..by the way, trip dayhike ke Ophir Mount ni kitorang naik via Asahan. Dikendalikan oleh sebuah group hiking yang dikenali sebagai Thrill Adventure. Bayaran yang dikenakan sebanyak RM80. Murah ke mahal tu? Entahlah..aku sendiri pun tak tahu. Ada je aku jumpe yang kene bayar RM65, RM75 je, tapi tak kene dengan tarikh pulak. Sebab dah memang eager sangat nak naik Ledang, 80 pun 80 lah. Hahaha..

Pengalaman mendaki via Asahan??

Orang kata trek Asahan lagi mencabar dari trek Sagil. Hurmm..mungkin. Kata orang trek Asahan lagi panjang dari trek Sagil. Tapi bagi aku yang tak pernah naik Ledang lalu Sagil, aku rasa trek Asahan okay lagi kot. Best walaupun treknye agak panjang. Tak ada lah kene selalu memanjat. Ada jumpa yang trek landai, memang senang hati je jalan. Jalan-jalan macam kat supermarket tu. Kalau ada trek yang menmanjat, memang memanjat lah kojenye. Mungkin next time, aku nak try naik Ledang via Sagil pulak.

Okaylah..dipendekkan lagi ceritanya, aku listkan log perjalanan aku dan V tempoh hari mengikut kelajuan dan tahap stamina aku sendiri. V sememangnya laju. Relaks je die daki sambil duk kunyah cloud 9 dan gula-gula.

Ledang Via Asahan
28/10/2017

8.30 pg - start trekking
9.00 pg - tiba di cp1 Enggang Berangan
9.30 pg - tiba di cp2 Hentian Hanuman
10.00 pg - tiba di cp3 Hentian Unggas
10.30 pg - tiba di cp4 Lembah Beruang
11.30 pg - tiba di cp5 Batu Berlumut
12.00 tghari - tiba di cp6 Padang Batu
12.30 tghari - tiba di cp7 Gunung Rundok
1.30 ptg - tiba di puncak ledang
2.30 ptg - bergerak turun
3.00 ptg - tiba di cp7 Gunung Rundok
3.15 ptg - tiba di cp6 Padang Batu, solat jamak dan topup air
3.30 ptg - start trekking from cp6
3.45 ptg - tiba di cp5 Batu Berlumut
4.15 ptg - tiba di cp4 Lembah Beruang
4.45 ptg - tiba di cp3 Hentian Unggas
5.30 ptg - tiba di cp2 Hentian Hanuman
5.45 ptg - tiba di cp1 Enggang Berangan
6.20 ptg - tiba di kaki gunung

Seperti biasalah, waktu nak turun memang cepat. Semua line up bagaikan berlari. Hahaha..Tapi, masa hari kejadian, stamina aku masa turun sangat lemah. Memang malas giler nak turun. Tapi nak tak nak tetap kene heret jugak kaki tu. Kang tiba kaki gunung dah gelap. Actually, ramai lagi yang masih belum turun waktu tu. Tak tahu lah depa sampai bawah pukul berapa. Lepas buat pengiskhtiharaan barang masing-masing, aku dan V terus blah. Kami nak balik semula ke Rengit.

Line up kali ni tak berapa ramai. Tak dan nak beramah mesra, kenal-kenal gitu. Tapi tak aper lah. Hahaha.. Gambar satu group pun kami berdua tak ade. Tapi yang kelakarnya, Vajidah yang sangat kreatif telah mem"photoshop"kan gambar kami berdua kedalam gambar group itu. Dan inilah hasilnya. Hahaha..Gelak besar aku tau.


Hahaha...nampak real kan???

Dipendekkan ceritanya lagi, aku dan Vajidah sampai Rengit pada pukul 10 malam. Perghhh..penat giler. Dah lah esok petang aku kene gerak balik Subang semula. Memang giler ahh...

Tapi, yang penting aku puas. Kaki aku dah jejak kat puncak Gunung Ledang. Just tak jumpe pulak Puteri Gunung Ledang. Ahakss..oh ya!! Nenek kebayan aku jumpe..


Hahahaha



Lagi seorang nenek kebayan.


Cantikkan!!


Lihat lah alam...


Bye Bye!!! Naik dulu ye..


Yesss..I dit it!!! Gunung Ledang telah ku jejak



Padang Batu. Tempat paling femes untuk amik gambar.


Banyak lagi gambar cantik-cantik. Nantilah aku letak. Hahaha

Untuk info..Laksamana Hang Tuah dikatakan pernah menggunakan trek Asahan ini untuk ke Puncak Gunung Ledang bagi menyampaikan hajat Sultan Melaka untuk si Puteri. 
Tak caya?? Cer bace ni..Hehehe

Thursday, 9 November 2017

Mendaki Bukit Batu Chondong, Kemensah

Pada tarikh 13 Oktober 2017, cuti Deepavali, aku dan Intan mendaki Bukit Batu Chondong di Kemensah. Dekat sangat dengan Zoo Negara. Tepi pintu masuk Zoo Negara tu masuk je terus kedalam sampailah jumpa kawasan ATV Kemensah. Senang rupenye nak cari Bukit Batu Chondong ni. Susah-susah sangat taip je ATV Kemensah kat Google Maps tu atau Waze. Sampailah nanti mike-mike semua.

Actually, plan asalnye nak naik Bukit Broga, tapi sayangnya kan Broga ditutup. So, tu yang kami decide nak ke Bukit Batu Chondong.

Pendakian kami seramai 5 orang jer. Aku, Intan dan tiga orang lagi rakan Intan.

Sejak aku terlibat dengan aktiviti mendaki ni, memang aku ramai kawan-kawan. Semuanya kawan-kawan yang kenal drpd kawan-kawan aku juga. Orang kata kawan atas kawan. Hehehe. Baguslah kan, menambah kenalan baru.

Aku kene tidur rumah Intan kat Ara Damansara malam tu, sebab aku ngan Intan akan bertolak ke Kemensah dari sini. Kawan-kawan Intan satu kereta bergerak dari Bangi. Then, kitorang plan jumpe je kat area Zoo Negara nanti. Nak dijadikan ceritanya, malam tu memang serius aku ngan Intan tak boleh tidur sebab bertalu-talu bunyi mercun depan apartment Intan. Almaklumlah, masyarakan India sambut Deepavali. Yang bestnye dari rumah Intan, boleh nampak bunga api cantik. Oh ya..aku dan Intan singgah dulu Tesco masa balik kerja tu sebab kitorang plan nak bawak pasta carbonara ngan sandwich tuna. Plan nya nak berpiknik kat air terjun nanti lepas turun dari Bukit Batu Chondong.

So, tidur...ZZZzzzzzzz...

Subuhnya tu masing-masing bangun, siapkan apa yang patut then keluar rumah pukul 8 pagi macam tu. Perjalanan mengambil masa selama satu jam untuk sampai ke ATV Kemensah tu. Tepat pukul 9 pagi macam tu kitorang sampai di kawasan pintu masuk Bukit Batu Chondong. Bukanlah pintu masuk sangat pun, just macam laluan kecil untuk semua pendaki yang nak hiking BBC.


Bayaran yang dikenakan adalah RM1 untuk sekepala. Dah ada sorang pakcik yang sedia menunggu kat situ.

Selepas sedikit warm up, kami berlima memulakan pendakian ke puncak Bukit Batu Chondong. Wuishh..boleh tahan mengah lah jugak. Semput denn!!! Kami mengambil masa selama lebih kurang sejam untuk sampai ke puncak. Kalau orang lain setengah jam je dah sampai. Almaklumlah, kami ni kan nubis kubis. Hahaha. Lagi satu, nak sampai ke puncak tu kitorang kene tunggu turn tau, sebab masa kami naik tu semua orang baru nak turun. So, dipendekkan ceritanya pukul 1130 tengah hari jugaklah kami dapat groufie kat papan tanda puncak Bukit Batu Chondong. Panas bak hang!!!!


Lebih kurang sejam lebih duk melepak atas tu, hari pun dah panas terik, orang lain pun dah tak de, kitorang decide untuk turun. Nasib lah ada rakan-rakan yang baru kenal membantu dan mempermudahkan perjalanan turun kami, sebab ada satu part tu kite kena panjat batu untuk naik then nak turun kene turun ikut batu tu jugak. So, bantuan orang lelaki sangat diperlukan. Hahaha...


Laluan ni kitorang lalu masa nak naik ke puncak BBC. Boleh tahan payah jugak lah panjat benda alah ni. Bawah tu macam biasalah curam..gaung..


Nasib lah ada abang-abang, pakcik-pakcik yang sudi membantu melancarkan pendakian kami semua.


Yang ni laluan masa nak turun..kekuatan tangan sangat diperlukan untuk menuruni batu-batu ni. Kesian Intan, sampai terseliuh tapak tangan dia ketika nak sambut beg sandang si Zafa. Mujur bukan bag aku yang disambutnya. Kalau tak mahu berbiru tangan budak tu sambut bebanan 1.5L botol mineral yang penuh. Hahaha...
 
Macam biasa, perjalanan turun sememangnya sangat cepat. Tak sampai setegah jam kitorang dah sampai di laluan masuk BBC tu. Laju kan kitorang. Hahaha..Benonye nak cepat turun nak mandi air terjun. Oh ya..by the way, dalam perjalan ke BBC tu ada satu laluan untuk ke Air Terjun Batu Asah. Tapi kami tak singgah lah sebab kami ingat kami akan jumpa air terjun kat bawah nanti. Hoho. Rupenye tidak...Oh no!!!


By the way, view BBC sangat ohsem. Cantik giler. Boleh lah nampak kawasan-kawasan sekitarnya dan kehijauan hutannya sangat mengujakan.



Mari kite ke seberang sana...



Antara view-view yang boleh dilihat kat atas tu.


Geng daki bukit gunung yang baru..INTAN


Wow.... Gambar kami berempat berlatar belakangkan view KL. Time ni Iqa tak ade.
 

Kawan-kawan baru yang sempat berkenalan kat atas tu. Masing-masing memang sporting dan sempoi. Siap bertukar-tukar phone lagi. Mungkin jodoh pasti bertemu nanti. Hahaha


Gambar ni gambar paling aku suka...Bajet berani je kat situ tu. Hahaha...

Okay..lepas je turun dari BBC, kami sepakat nak p mandi air terjun. So, air terjun kemesah kami tuju. Perghh, ramainye orang. Macam tak best je ni. So, decide p air terjun lain. Google punye google kami decide nak p Air Terjun Sungai Congkak. Perjalanan mengambil masa selamat 50 minit dari Kemensah. Lebih kurang dalam pukul 2 petang kami tiba di Air Terjun Sungai Congkak. Sesuatu yang sangat memeranjatkan bila nak masuk air terjun ni kene bayar uolss...

Kami yang baru pertama kali pergi ni, masuk lah dengan dua kereta. Nak tahu berapa kitorang kene charge??? Untuk dua kereta total kesemua sekali adalah lebih kurang RM31.80 termasuk GST. Yang mana satu kereta di charge sebanyak RM15.90. Bukan itu saja tau, bayaran untuk seorang kene jugak. Kami berlima so, seorang dicharge sebanyak 1.06 sekepala termasuk GST. So, total kesemuanya ialah RM37.10

Yang lebih membengangkan kami semua tu....Harga RM15.90 itu adalah untuk parking RM5 dan jugal campsite RM10. So, bila mana kami bawak masuk dua kereta so kami ada dua campsite right?? Tapi masuk kawasan air terjun tu memang tidaklah nak jumpa campsite atau gazebo yang available. So, nak tak nak kami merempat jer lah dibawah pokok yang berakar tu. Huhuhu..Sabo jer lah. Bayar mahal kot. Rasanya ini lah kali pertama dan terakhir ke sini. 

Disebabkan masing-masing lapar dan teringin sangat nak mandi air terjun, semua tu kami reda kan jer. Hehehe..Yang penting hari ni masa kami terisi. Apalagi...bentang tikar, makanan then melantaklah...Bila lapar semua benda rase sedap. Hahaha..


Muka masing-masing yang sangat kelaparan.
 

Yeayyy..mandi...





Puas mandi dalam pukul 5 kami siap-siap untuk pulang pulak. Bukan pulang ke rumah masing-masing tau. Apalagi...selagi belum sampai ke malam, kita berjalanlah. So, next destination kami ialah tengok Tombiruo....

Entri lain aku review pasal movie Tombiruo ni. By the way, kitorang tengok Tombiruo kat MyTown, Cheras. Dalam pukul 12 lebih jugak lah aku sampai rumah. Penat giler..esok nak keje. Nasib aku bangun pagi tu. Hahaha.

Apa-apa pun cuti Deepavali aku dan rakan-rakan sangat terisi. Memang best giler dapat hang out dengan kawan-kawan baru ni. Nanti masing-masing dah kawen susah pulak nak hang out sesame. So, bila bujang ni lah kite ENJOYYY!!!!

:)

Monday, 16 October 2017

Bukit Broga di tutup 3 bulan

Rancangan nak habiskan cuti Deepavali dengan mendaki Bukit Broga tidak dapat direalisasikan since bukit yang popular dikalangan pendaki-pendaki itu telah ditutup sejak bulan Ogos yang lalu.

Segala aktiviti berkaitan kawasan rekreasi itu dihentikan untuk memberi laluan pembaikan kawasan serta menjadikan ianya lebih selamat di lawati selepas siap diselenggara sepenuhnya nanti.

Bukit Broga dijangka akan dibuka semula pada pertengahan bulan November atau pun awal Disember ini.

Diharapkan, selepas pembaikpulih dijalankan, Bukit Broga akan kembali cantik dan selamat didaki. Tak sabarnya rasa. Yus orang pertama yang akan naik. Hahaha.


So, Yus dan Intan kenelah cari bukit lain untuk didaki esoknye ni. Hurmm...Nak kemana ye kami???

Any idea????

BROGA TUTUP

Klik Sini
Klik Sini



Yus nak Broga yang dulu...

Tuesday, 19 September 2017

Bila Marah Hilang Perikemanusian - Marah itu Api yang membinasakan

ASALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA TUAN.

*KRONOLOGI KES KEBAKARAN DI PUSAT TAHFIZ DARUL QURAN ITTIFAQIYAH DATO KERAMAT, KL*

NO REPOT: JTR RPT: 6629/17

TARIKH: 14/09/17 MASA: 0652 HRS

SEK 435 KK & SEK 302 KK

IO: ASP MOHD FAUZI BIN MOHD SHARIFF

MANGSA:
23 KEMATIAN (21 PELAJAR DAN 2 WARDEN)
07 CEDERA (PELAJAR)

*TANGKAPAN*
1) NAMA: MUHAMMAD ADLI SHAH BIN MOHD YUSRY (ADLI)
NO.KPT:017071-14-0031
UMUR : 16 TAHUN

2) NAMA: MUHAMMAD ARIF FIRDAUS BIN JURAINI (JUPEM)
NO.KPT :001012-14-1471
UMUR : 16 TAHUN

3) NAMA: MOHAMAD SHAH RULNIZAM IKMAL BIN SHAFI-IN (SHAHRUL)
NO.KPT :990717-03-5047
UMUR : 18 TAHUN

4) NAMA: AEMAN DANEAL BIN ABU BAKAR (AIMAN)
NO.KPT :001012-14-1471
UMUR : 17 TAHUN

5) NAMA: EMRAN FAZLEY BIN ABU BAKAR (DEBAB)
NO.KPT :011122-14-1033
UMUR : 16 TAHUN

6) NAMA: MUHAMMAD SHAHRIZAL BIN ABDUL RAHIM (IJAL)
NO.KPT : 020422-14-0037
UMUR : 15 TAHUN

7) NAMA: MOHD FARHAN BIN ZUBIR (ADIK)
NO.KPT : TIADA
UMUR : 12 TAHUN

PUNCA KEJADIAN: SELISIH FAHAM ANTARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DENGAN SEKUMPUL (5) LELAKI MELAYU (OKT)

*FAKTA KEJADIAN*

BEBERAPA HARI SEBELUM KEJADIAN BERLAKU PERSELISIHAN ANTARA PELAJAR SEKOLAH TAHFIZ DENGAN ADLI, JUPEM, SHARUL , AIMAN, DAN DEBAB. OKT-OKT MEMAKLUMKAN MEREKA TELAH DIEJEK DAN TIDAK BERPUAS HATI DAN INGIN MEMBALAS DENDAM. SHAHRUL DAN JUPEM BERPAKAT UNTUK MEMASUKI PUSAT TAHFIZ BERKENAAN UNTUK MENCURI HANDPHONE DIDALAM ASRAMA PUSAT TAHFIZ ITU.

PADA PAGI 14/09/2017 JAM LEBIH KURANG 02:30 HRS KESEMUA OKT TELAH BERKUMPUL DI KEDAI MINUM CEK MEK MOLEK BERSEBELAHAN PEJABAT PPIM DAN TELAH BERBINCANG UNTUK MEMBAKAR SEKOLAH TERSEBUT BAGI MEMBALAS DENDAM. SETELAH ITU SEMUA TELAH BEREDAR.

PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:00 HRS SHAHRUL BERSAMA ADLI PERGI MEMBELI MINYAK PETROL DI STESEN MINYAK PETRON DAMAI DAN MENGISI MINYAK PETROL DIDALAM SEBOTOL AIR MINERAL YANG BESAR.

PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:30 HRS TELAH BERKUMPUL KEMBALI DIPADANG BELAKANG PUSAT TAHFIZ TERSEBUT. IJAL DAN ADIK TELAH NAMPAK ADLI MEMEGANG SEBOTOL MINYAK PETROL DIPERCAYAI UNTUK MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ TERSEBUT. ADIK TELAH MEMANJAT MEMASUKI PEJABAT PPIM KERANA MAHU TIDUR. 

PADA 14/09/17 JAM LEBIH KURANG 04:40 HRS ADLI BERSAMA SHAHRUL DAN JUPEM TELAH MEMASUKI PUSAT TAHFIZ MELALUI PINTU BELAKANG UNTUK MEMBAKAR PUSAT TAHFIZ TERSEBUT MANAKALA AIMAN DAN DEBAB MENUNGGU DILUAR PAGAR SEBELAH BELAKANG PUSAT TAHFIZ. SELEPAS ITU, SHAHRUL DAN JUPEM MENDAPATI PINTU MASUK BILIK ASRAMA BERKUNCI DAN TIDAK DAPAT DIBUKA, LALU ADLI BERSAMA SHAHRUL DAN JUPEM KELUAR SEMULA DAN TELAH TURUN KE TINGKAT 1 DAN MENGAMBIL SEBUAH TILAM DAN MELETAKKAN KE PINTU MASUK ASRAMA DITINGKAT 2, SELEPAS ITU ADLI, SHAHRUL DAN JUPEM TELAH PERGI KE KIOSK BERSEBELAHAN PEJABAT PPIM DAN TELAH MEMECAH MASUK KIOSK BERKENAAN DAN MENCURI (2) TONG GAS BERWARNA MERAH DAN HIJAU LALU MEMBAWA TONG GAS BERKENAAN NAIK KE TINGKAT 3 PUSAT TAHFIZ DAN TELAH MELETAKKAN (1) TONG GAS SECARA BERDIRI DAN (1) TONG GAS SECARA BARING MENGHALA KE PINTU ASRAMA. SHAHRUL TELAH MENCUCUK DENGAN MENGUNAKKAN LIDI DI MUNCUNG KEPALA GAS SUAPAYA GAS KELUAR MENHALAKAN KEARAH PINTU DAN ADLI TELAH MENCURAHKAN MINYAK PETROL DIHADAPAN PINTU MASUK ASRAMA HINGGA KEBAWAH DAN TELAH MENYALAKAN API MENGGUNAKAN PEMETIK API SETERUSNYA ADLI, SHAHRUL DAN JUPEM MELARIKAN DIRI KELUAR DARI PUSAT TAHFIZ BERKENAAN.SELEPAS ITU, AIMAN DAN DEBAB JUGA TELAH MELARIKAN DIRI MENGGUNAKAN MOTOSIKAL JENIS YAMAHA LAGENDA WARNA KELABU, ADLI MENAIKI MOTOSIKAL SUZUKI RG SPORT SEORANG DIRI DAN SHAHRUL DAN JUPEM MENGUNAKAN MOTOSIKAL YAMAHA LAGENDA WARNA HTAM BIRU MENGHALA KERUMAH MASING-MASING.

SEKIAN UNTUK MAKLUMAN TUAN.

**************************************************************************

Al-Fatihah buat kesemua mangsa yang terkorban dalam kebakaran yang berlaku pada pagi subuh 14 September 2017. Di dalam kejadian tersebut seramai 23 orang terkorban, termasuk 2 orang warden.

Ya Allah, pilu nya rasa hati ini pabila mendengarkan kejadian itu. Yus memang tak boleh nak tengok gambar-gambar yang dihantar. Yus dapat tahu pun dari group Whatsapp family. Punyer lah terkejut tetibe dapat gambar manusia dalam kedaan rentung. Masha Allah. Lepas tu baru lah yus dapat tahu kejadian sedih tersebut.

Pelbagai spekulasi dan teori berikutan kes ini ditimbulkan. Tapi yus tak beranilah nak komen ape-ape sebab tika itu kes masih lagi dalam siasatan. Biarlah pihak yang berkenaan yang lebih arif menyelesaikannya. Tapi, bila je dapat tahu kes ini adalah disebabkan perbuatan khianat, Ya Allah, sedihnya hati ini. Anak-anak pembawa Al-Quran ini yang menjadi mangsanya

Kalau diikutkan rasa hati yang marah ini, memang nak je diperlakukan pelaku-pelaku itu seperti apa yang mereka lakukan pada anak-anak tahfiz ini. Bakar mereka hidup-hidup. Tapi apalah hak kita untuk berbuat begitu. Malaysia ada undang-undangnya sendiri. Pasti mereka yang berkenaan tahu apa yang patut mereka lakukan demi menegakkan keadilan kepada keluarga-keluarga arwah.

Tapi apa yang pastinya, anak-anak pembawa Al-Quran ini pasti tempatnya di syurga sana. Walaupun di dunia mereka meraung kepanasan tapi di syurga sana mereke tersenyum kegembiraan. SubhanaAllah.

Arghh...yus nak menangislah. Sobss..sobss...Terimbau semula suara jeritan mereka semua pagi itu. Yus tengok dari video yang yus dapat dari adik yus. Teringat lambaian dan jeritan mereka sebelum suara masing-masing senyap tiba-tiba. Tak dapat dibayangkan panas api yang menimpa kulit mereka. Kita terkena sedikit api pun dah menggelupur kepanasan, inikan pulak dibakar hidup-hidup. Ya Allah...

Punca berlakunya adalah rasa tidak puas hati dan marah pabila ditegur. Rasa marah dan dendam itu membuatkan mereka-mereka melakukan perkara diluar batas kemanusiaan. Benarlah..marah itu api. Api yang membinasakan.

Al-fatihah buat anak-anak syurga itu. Semoga mereka semua dibawah perlindungan Yang Maha Esa di sana. Amiin..


Tuesday, 29 August 2017

TEASER KK TRIP 04/08/2017 - 07/08/2017

Awal bulan yang lalu yus dan rakan-rakan cuti-cuti Malaysia ke Kota Kinabalu, Sabah. Tarikh 04 Ogos sehingga 07 Ogos menjadi pilihan kami since kami beli tiket promo waktu tu. Tiket return dari KLIA ke KKIA hanya RM210. Okay tak tu? Kira okaylah kan. Hehehe.

Yang join trip KK ni ada dalam 6 orang termasuklah yus, kak Dayah, kak Jai, kak Ain, adik kak Jai dan suaminya. Actually plan g KK ni yus tumpang dorang jer. Lama dah tak jalan-jalan naik kapal terbang. Bila yus dapat tahu kak Dayah nak ke KK, yus tumpang lah ngekor sekali. Hehehe.

Alhamdulillah, perjalanan kami di sana dipermudahkan. Tak ada masalah besar pun yang melanda kami. Masalah sikit-sikit tu adalah. Cuaca disepanjang perjalanan pun boleh dikatakan agak baik. Antara tempat-tempat yang kami lawati tentu sekali Desa Dairy Farm Kundasang, War Memorial Park Kundasang, Sabah Tea, Hot Spring Poring, Rumah Terbalik, Pasar Malam Filipina, Masjid Besar Kota Kinabalu serta Island Hop Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik. 

Actually, banyak jugaklah tempat kami tak cover. Huhuhu. Sedih pun sedih lah jugak. Nak buat camne, inilah padahnya kalau tak well planned. Tempat yang sepatutnya seronok pun jadi tak seronok dah. Hurmm..Takpe lah. In sha Allah, yus memang kene repeat jalan-jalan Sabah ni next time.

Tapi pemandangan gunung kinabalu yang disajikan disepanjang perjalanan memang tak mengecewakan. Serasa gunung tu melambai-lambai memanggil yus untuk mendaki ke puncak sana. Ecewahhh...

Next entri yus story lagi detail tempat-tempat yang yus dan kawan-kawan pergi. Apasal kitorang banyak tempat yang menarik tak dapat cover. Nanti yus ceritakan. By the way, bajet yus kesana dalam RM500 jer. Hahaha. Serik dah bila pikir pasal Aceh Trip awal tahun ri tu. So, duit memang sentiasa ada. Hahaha.



Ehh..ehh..yus dan kak dayah ready untuk ape ni????? Jengg..Jeng...Jeng...


Makanan rare orang Sabah - Kerabu Rumpai Laut. Rasanya, pedas giler ko!!!


Desa Dairy Farm Kundasang. Tengok lembu yang badannya hitam putih tu. Yang macam lembu kat New Zealand tu. Lembu kat kampung yus sumenya warna cekelat.
 

I LOVE SABAH TEA
Ala-ala ladang teh kat Cameron nunnn...


Island Hop. Weollss naik private boat okay. Murahnjer...RM300 cover 3 buah pulau. Murah tak?


Rumah Terbalik. Sayangnya tidak dibenarkan untuk mengambil sebarang gambar bagi mengekalkan keunikan dan rahsianya.


Gambar kenang-kenangan di hadapan papan tanda Air Panas Poring. Kat sini yus dan kak dayah jungle trekking okay. Hahaha.


Gunung Kinabalu ditutupi kabus tebal. Bergambar dekat kawasan Pine Kinabalu Resort. Aterr...nak stay sini tak mampu. Hahaha

Banyak lagi gambar yang menarik. Tunggu next entri lah ye.

Babai...